peTai ohh peTai...


Hai...arini mood saya tibe2 nk cite pasal petai, mungkin sebab lapar n memandangkn xlame lg akn blik kg....jd otak sy sudah terbayang2 sambal petai akak saya kt kg2..tambahan lagi, saya kn penggemar hijau, so saya pantang skit kalau apa2 yg berkaitan ngan hijau ni...sume tertarik menariklah..huhu

haa…kesian kat korang yang suke makan petai ni. termasuk aku la kan…kuang3. aku memang suke makan petai. tapi, kalau dah makan tu, memang segan silu lah nak berbual, gelak ketawa depan orang. lagi-lagi kalau kau gi toilet…kuar-kuar je nanti ader orang sound. woit…hang makan petai ka? hamek kau. kantoi sudah.

Petai ni sedap….sedap sangat kalau makan sebagai ulam. buat sambal pun okey la..mcam-macam lah boleh dibuat dengan petai. tujuan aku post artikel ni adalah untuk semua peminat petai.hahaha…dan juga kepada yang tak minat..korang leh baca la sebagai ilmu tambahan. cewah!! ni pun aku google-google juga nak dapat maklumat.

PETAI DAN KHASIATNYA…
Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

  1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
  2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
  3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Australia, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
    masalah kegemukan.
  4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Nampak tak…punyelah banyak khasiat petai ni….secara ringkasnya…yang busuk tulah yang bagus..hahaha…suka-suka je buat teori.

so….jangan segan silu makan petai seorang diri di rumah..janji sodap!!!

ini rupa petai sebelum dikupas....

selepas dikupas inilah rupanya...sedap dibuat ulam makan bersama nasi..terliur den

tadaaa...ni my feveret, sedap wooo..lebih2 mak kesayangan saya yg masakkan..memang terbaik dari ladang lah..hoho

Kesimpulannya, makanlah anda sebelum hilang sedikit nikmat makan kat dunia ni. Hahahaha. Sebenarnya saya nak letak jugak tempoyak dan jering tapi, lepas exam lah..haha. ^^.


No comments:

Post a Comment