hiJaU meNyaTuKaN kiTa~~


Pantulan cahaya darinya menceriakan hari. cerianya yang biasa dilihat dalam alam alam semula jadi, terutama tumbuh-tumbuhan. Tiada warnanya tidak lengkap sebahagian besar dari tumbuhan. Tumbuhan kelihatan segar berlindung dari seri warnanya. Warnanya melambangakan pergi untuk kereta di simpang yang sesak, teruskan perjalanan untuk kereta api mahupun kepal terbang. Kapal terbang mendongak tinggi ke langit, saham yang naik juga menggunakan kod warnanya. Warna indah ini juga menjadi penyatuan dua hati, kau dan aku.
            Kau suka hijau, ku pencinta hijau. Begitu indah alam kurniaan maha pencipta yang menganugerah kurniaan dan amanah untuk kita pelihara dengan penyatuan para khalifah mentadbir alam. Alam ini luas terbentang sehingga tidak terjajah oleh kita, namun kini hijau sudah bermula bertukar ke warna coklat ketanahan hasil pembalakan yang berleluasa. Bersama kita perlihara alam ini dengan sesungguhnya kerana itu hak kita, itu juga amanah kita yang kekal selamanya. Kau dan aku sebahagian darinya, mengapa masih berdalih  menjaganya?
            Aku bukan saintis yang berjuang mencipta teknologi hijau, aku hanya insan biasa yang ceria dangan warna ini. Bertambah ceria bersama kau. Bajuku hijau, aksesori pakaianmu juga hijau sepertiku. Seperti kita sudah sebati dengan warna yang sama sepanjang hari sepanjang masa. Bermula dari warna hijau, kita berdialog mengenal antara satu sama lain. Kini aku mula mengenali kau dengan lebih mendalam. Falsafah mencari teman setia bukan dari dalam kalangan adik sahabat kau korbankan. Dari satu percubaan, kita bertukar menjadi pertalian yang teguh buat masa kini. Ingin teruskan sehingga ke masa akan datang.
            Masih ingat lagi kata ustaz Tajol, kita jangan percaya dengan ape yang kita rancang, percaya dengan apa yang telah dirancang untuk kita. Sekiranya kau orang yang ditentukan untuk aku, aku tidak merungut juga tidak menolak. Aku bahagia buat masa sekarang, semoga doa-doa kita menjadi penguat lagi rasa bahagia ini dan menjadi ikatan yang teguh pada masa akan datang. Kita masih tiada ikatan, kita rancang untuknya demi masa mendatang yang belum kita ketahui. Masa mendatang penuh dengan rintangan dan cubaan untuk menguji keteguhan iman kita. Sekiranya kau berasa kurang teguh, rehatlah dan lihatlah kehijauan alam. Kahijauan alam mampu menenangkan minda setelah kau beribabadat dan berdoa kepadanya. Jangan kau lupa, hijau juga ciptaan darinya yang juga menjadi penyatuan untuk kita.
         Jika kau gembira, aku juga gembira melihatnya kerana kegembiraan yang kau rasa lebih enak jika dikongsikan bersama berbanding kegembiraan berseorangan. Jika aku menerima berita gembira, kau orang pertama  yang tiada pertalian darah denganku mendengarnya setelah keluargaku. Betapa eratnya kau dan aku setelah disatukan dengan warna hijau. Alhamdulillah, kita ditemukan untuk bersama buat kali ini. 




No comments:

Post a Comment