Kecantikan Hakiki Wanita

"Bagai Keredupan Awan Pada Hari Yg Panas"


Apabila ditanyakan, apakah kecantikan hakiki wanita, maka bermaknanya ada kecantikan palsu. Juga bermakna bahawa ada apa yg boleh disebut sebagai kecantikan lelaki.

    Maka mula perlu disebut ialah apakah itu kecantikan? Apa yg dinilai sebagai kecantikan adalah datangnnya daripada deria manusia itu sendiri. Justeru kalau disebut pacaindera manusia sedemikian, bermakna keindahan pada mata, telinga, hidung, lidah dan jari.
    Lanjutan daripada itu, kecantikan merujuk pada keindahan, kemerduan, keharuman, keenakan, dan kelunakan.

   Seterusnya, maka dapat difaham bahawa apabila disebut kecantikan, ia adalah apa yg sedap dipandang mata, sedap didengar telinga, sedap dihidu, enak dirasa dan lembut disentuh.
   Maknanya kecantikan itu adalah kesenian seperti seni lukis, seni muzik, seni haruman, seni masakan dan seni tekstil bagi merujuk kelembutan kain, umpamanya.

   Namun begitu, seringkali apabila disebut kecantikan wanita, maka terus difikirkan pepada keindahan dari sudut visual.
   Maka apabila disebut kecantikan wanita, maka terus dirujuk kepada kejelitaan. teras pada kejelitaan adalah    rupa parasnya.
   Maka termasuklah komponen untuk kecantikan rupa paras ialah bagaimana matanya, pipinya, hidungnya, bibirnya dan lain-lain perkara pada wajahnya.

   Tetapi tentunya kecantikan wanita bukan saja pada wajahnya. Keseluruhan tubuh badannya menyimpan kecantikannya. Daripada rambutnya di atas hinggalah  ke hujung jari kakinya.
    Selain itu, kecantikan wanita adalah juga meliputi kemerduan suaranya, keharuman bau tubuhnya, kelembutan kulitnya dan kelazatan badannya.

    Maka menambah kepada kecantikan wanita ialah kepandaian, kebijaksanaan dan bakat, bermakna termasuk kejayaan dalam kerjaya dan keluarga.

    Tetapi apakah kecantikan hakiki wanita terletak pada agamanya, iaitu iman, amal ibadahnya dan di atasnya ialah akhlaknya dalam masyarakat.
    Jadi apakah kecantikan palsu? Kecantikan yg bergantung pada kosmetik semata-mata dengan dokongan material yg berbentuk kemewahan dan pembaziran.
    Kecantikan palsu akan terlihat pada perangai buruk seperti kesombongan, keangkuhan, mudah marah, beremosi tidak kena tempat dan bersikap negatif.







No comments:

Post a Comment