HiJaU...KiTa yG MeNguRuSkaNnYa


Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya Tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya


Semusim ia datang keindahan ciptaan Tuhan
Hijau yang terbentang makhluk Tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya


Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti


Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Assalammualaikum kepada semua sahabat-sahabat serta para pembaca, sekadar perkongsian bersama. Sesungguhnya, dengan menghayati lirik lagu nyanyian kumpulan XPDC yang bertajuk Hijau Bumi Tuhan diatas ini, memang tak dinafikan lagi bahawa, kita dapat memberikan senyuman yang lebar, apabila, tanpa bernyanyi dan hanya membaca lirik lagu seperti diatas ni sahaja, kita dapat menghayati bahawa, betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT kepada kita.
Ketenangan jiwa dapat dikecapi, jika kita dapat melahirkan sebuah rasa kasih dan sayang kita terhadap Alam ciptaan Allah ini kepada kita. Masih, walaupun, generasi ke generasi yang baru, masyarakat pada zaman ini kurang mengambil perhatian akan ciptaanNYA yang tidak terhingga kepada kita yang sanggup demi mengaut untung sendiri, telah merosakkan Alam Sekitar ini dengan aktiviti-aktiviti yang kurang “cerdik” seperti aktiviti pembalakkan tanpa tanam semula. Udara yang segar diwaktu pagi boleh kita hirup melalui pokok-pokok yang menghijau, oksigen yang dibekalkan oleh pokok merupakan antara yang terbaik untuk kita hirup, tapi, jikalau keadaan bertukar, apabila, semua pokok-pokok yang menghijau, dihayun oleh tangan manusia yang merupakan ciptaan Allah SWT juga, habis ditumbangkan begitu sahaja, mampukah kita dapat menghirup udara yang segar yang juga membekalkan oksigen kepada kita setiap hari ? fikir-fikirkan sahabatku.

Allah telah mengingatkan kepada kita dalam firmanNYA yang bermaksud:
Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)

Tahukah kita, bahawa, Allah sebenarnya, melantik kita, sebagai Pengurus untuk menguruskan kehidupan makhluk ciptaanNYA iaitu Tumbuh-tumbuhan menghijau.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. – riwayat Muslim

Maka, inilah tanggungjawab kita sebagai Makhluk ciptaanNYA menjaga apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Janganlah kita mengambil ini sebagai satu perkara yang remeh-temeh sahaja.
“Hijau itu TENANG dan TENANG itu membawa kita kepada perkara yang Positif”

Maka marilah kita, bersama-sama, kecil ataupun besar, tinggi ataupun rendah, bersama-sama menjaga Alam ciptaan Allah SWT yang sungguh indah lagi permai kepada kita. Hidupkan bumi yang hijau untuk kebaikan kita bersama seterusnya untuk generasi-genarasi kita pada masa hadapan. Sekadar perkongsian bersama dan peringatan bersama untuk kita membentuk sebuah komuniti yang melahirkan insan yang cemerlang serta berkesan seterusnya membawa kita ke salah satu teras islam hadhari.





No comments:

Post a Comment